Dua lelaki dan seorang wanita warga Thailand ditahan polis kerana melakukan hubungan intim di atas jejantas pada waktu siang.
Difahamkan, gambar tular itu dirakam oleh salah seorang penduduk blok apartmen berhampiran yang berhadapan dengan jejantas tersebut.
Polis di wilayah Phitsanulok di utara Thailand berhampiran sempadan Laos, bertindak menyerbu tiga suspek terbabit selepas perbuatan keji mereka didedahkan di laman Facebook.
Siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kolej. Dua suspek lelaki terbabit dipercayai bergilir-gilir melakukan hubungan intim dengan wanita berkenaan. Dalam serbuan itu, polis turut merampas bantal dan selimut yang digunakan suspek.
"Pasangan muda itu mahukan suasana baharu dan memilih untuk melakukan hubungan intim di jejantas di Phitsanulok pada waktu siang. Jejantas itu terletak di hadapan sebuah koleh terkenal di wilayah tersebut," lapor portal Esor News.
Kesemua suspek akan didakwa mengikut Akta 397 Undang-Undang Jenayah kerana mengganggu ketenteraman awam dan akan dikenakan denda 5,000 baht (RM642).
Portal Thaiger pula melaporkan, ketiga-tiga suspek itu merupakan penagih dadah hanya dikenakan denda sebanyak 500 baht (RM64) setiap seorang dan telah dibebaskan.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/tvgarxT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment