loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 2, 2023

    Bekas pegawai tentera pikat isteri orang untuk ajak bersetubuh dikenakan hukuman denda RM6,000



    Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap seorang bekas pegawai tentera atas kesalahan memikat isteri orang. 

    Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Azmi Ali, 48, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan berkenaan. 


    Majistret turut memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal membayar denda tersebut dan tertuduh memilih untuk membayar denda. 


    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memikat wanita berusia 44 tahun yang sudah mendirikan rumah tangga, agar wanita berkenaan melakukan persetubuhan dengannya di sebuah rumah di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, pada awal tahun 2016. 


    Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 


    Peguam yang mewakili tertuduh, Azman Zakaria, merayu agar mahkamah mengenakan denda paling menimum kerana ini kesalahan pertama tertuduh yang sudah mengaku bersalah dan menyesal di atas perbuatannya. 


    "Tertuduh sudah berkahwin dan ada dua anak serta tiada rekod jenayah. Tertuduh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dengan pendapatan RM4,500 sebulan dan perlu menjaga ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan," katanya. 


    Namun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. 


    "Rentetan kes ini, institusi perkahwinan dan hubungan kekeluargaan pengadu terjejas. Malah rumah pengadu dan isteri juga dijual serta perniagaannya gulung tikar sehingga pengadu terpaksa pulang ke kampung di Terengganu. 


    "Pengadu juga mengalami kemurungan dan menerima rawatan serta kaunseling di klinik kesihatan di Terengganu," katanya. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/jraFYfN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment