Seorang lelaki di China merompak sebuah stesen minyak pada tahun 2009 dan melarikan 156 yuan (RM100) dan menghabiskan masa selama 14 tahun bersembunyi di sebuah gua di gunung terpencil bagi mengelakkan dirinya ditahan polis.
Liu Moufu, berasal dari sebuah kampung di Enshi, Hubei, berusia lingkungan 30-an ketika dia melakukan jenayah itu bersama abang iparnya dan seorang lagi rakan subahat.
Dalam rompakan itu, mereka bertiga hanya berjaya melarikan 156 yuan dan dibahagikan kepada tiga. Sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli makanan dan bunga api.
Setelah itu mereka bertiga berpecah mengikut haluan masing-masing. Namun, salah seorang rakannya berjaya dikesan polis lalu ditahan untuk tindakan lanjut.
Bimbang dikenakan hukuman penjara, Liu mengambil keputusan untuk bersembunyi di penjara buatannya sendiri selama 14 tahun. Sementara Liu bersembunyi di hutan, polis datang mengeledah rumah dan menyoal siasat keluarganya.
Sepanjang tempoh 14 tahun itu, Liu memburu dan mencari makanan di hutan. Adakalanya dia kembali ke kampung halamannya untuk mencuri barangan seperti kentang dan daging serta sempat bertemu dengan ibu bapanya beberapa minit.
Liu hanya pulang ke rumah secara senyap semasa perayaan besar kerana kebanyakan orang akan berada di dataran pada aktu itu. Walaupun begitu, ada yang mendakwa mereka ternampak Liu dan polis sentiasa kembali ke kampung itu untuk mencarinya.
Tidak jelas sama ada keluarga Liu mengetahui tempat persembunyiannya dan tidak pernah memberitahu polis mengenainya.
Ini bermaksana Liu Moufu banyak menghabiskan masa untuk hidup bersendirian dengan beberapa ekor anjing liar yang dibawanya untuk menghalau haiwan liar di waktu malam.
Tahun demi tahun, Liu semakin merasa kesunyian dan mengalami tekanan. Tetapi entah bagaimana dia berjaya menempuh hidup sebagai pertapa selama 14 tahun.
Walaupun isteri dan ibu bapanya telah berkali-kali meminta dia menyerahkan diri, Liu sentiasa menolak. Sehinggalah tahun ini dia baru menyedari bahawa dia telah mengurung dirinya sendiri daripada orang yang disayanginya selama ini.
Dia bukan sahaja terlepas upacara pengebumian bapanya, malah dia tidak menghadiri perkahwinan anak serta tidak pernah melihat cucunya. Bulan lalu, Liu mengambil keputusan untuk menyerah diri kepada polis.
"Saya berusia lebih 50 tahun, isteri saya tidak sihat dan saya mempunyai cucu yang sangat cantik. Saya mahu kehidupan yang normal!" katanya.
Liu kemudian membawa sepasukan anggota polis ke tempat persembunyiannya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari penempatan kampung terdekat. Liu berkata, setiap kali dia terdengar bunyi yang mencurigakan, dia akan meninggalkan guanya dan bersembunyi lebih dalam di dalam hutan.
Walaupun sudah 14 tahun mengasingkan diri di penjara buatan sendiri, Liu masih tidak terlepas daripada menjalani hukumannya. Liu berdepan dengan hukuman penjar 10 tahun meskipun wang yang disamunnya dalam jumlah yang kecil. Jenayah yang dilakukannya itu tetap dianggap sebagai kesalahan jenayah yang serius.
"Saya merompak 156 yuan dan bersembunyi di dalam gua selama 14 tahun! Saya menyesal!," katanya.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/uEQny7b
via IFTTT
No comments:
Post a Comment