Seorang guru di sebuah sekolah di Garut, Indonesia menampar pelajarnya yang didapati merokok di dalam kelas. Video kejadian itu kini menular di media sosial dan mendapat perhatian warga maya.
Berdasarkan video tular itu, guru wanita berkenaan menampar pelajarnya yang berdiri di hadapan kelas, dengan menggunakan buku.
Kejadian itu dikatakan berlaku dengan pantas dan pelajar itu tidak sempat mengelak dan terpaksa merelakan mukanya ditampar.
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan tampil mengesahkan kejadian berlaku disebabkan pelajar tersebut didapati merokok di dalam kelas. Semakan juga mendapati, dia merupakan pelajar yang selalu melanggar peraturan sekolah.
Walaubagaimanapun, kes itu sudah diselesaikan secara baik di antara kedua-dua belah pihak yang turut melibatkan keluarga pelajar berkenaan.
Di media sosial, netizen menyokongan tindakan guru itu kerana pelajar yang biadab sememangnya wajar diberi pengajaran jika ibu bapanya tidak pandai mendidik anak.
"Saya sokong tindakan cikgu. Kalau ada yang tak dapat menerimanya, suruh mak bapak sendiri yang didik korang," kata Adnyana.
"Jangan sampai ada yang membuat laporan polis. Nanti yang akan dipersalahkan adalah guru. Saya juga guru sekolah dan kalau diperhatikan dari segi adab, anak-anak zaman sekarang sudah jauh berbeza dengan anak zaman dulu.
"Sikap menghormati guru juga sudah semakin berkurangan. Malah dikasari dan jika tidak berpuas hati, terus ditularkan di media sosial," kata Nonnierahma.
Sumber: Instagram Fakta.Indo
from The Reporter https://ift.tt/5GeABx9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment