Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (PAS), Ahmad Marzuk Shaary menasihatkan kerajaan agar tidak menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH dengan sewenang-wenangnya.
Sekiranya kerajaan tetap mahu berbuat demikian, kerajaan perlu membuat kajian dan langkah strategik harus dilaksanakan terlebih dahulu.
Ahmad turut memuji dua bekas perdana menteri iaitu Muhyiddin dan Ismail yang membatalkan penjualan tanah milik TH seluas 76,000 hektar.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada waktu itu dengan usaha daripada Pagoh (Muhyiddin) dan Bera (Ismail) yang kuat mempertahankan ladang-ladang ini tidak dijual.
"Saya bimbang ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini sebagai back door untuk melaksanakan agenda tertangguh Pakatan Harapan (PH pada 22 bulan yang tidak sempat dilaksanakan.
"Jangan ingat lebai-lebai yang berada di Tabung Haji itu hanya pandai buat bisnes haji dan umrah sebagaimana Padan (Rafizi) yang selalu menyindir lebai-lebai.
"Kami lebai-lebai pun tahu mentadbir. Jadi lebai, mentadbir Kelantan selama 23 tahun tanpa ada sebarang ketirisan," katanya.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/mXaDgn7
via IFTTT
No comments:
Post a Comment