Sebuah rumah yang penduduk di Taman Sri Andalas, Klang, telah dirompak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, Khamis.
Video rakaman dari kamera rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu juga tular di media sosial.
Menurut seorang individu yang tidak didedahkan nama berkata, rumah ibu bapanya telah dirompak oleh empat penjenayah bersenjatakan parang.
Taman Sri Andalas, Klang got robbed by 4 Indian men.Armed with parangs with full face masks and gloves They escaped in a black Proton Perdana with the number plate WNC 1704 . Please share this out to everyone you know and warn them to be careful. pic.twitter.com/aB2gKjVzjS
— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) March 2, 2023
"Mereka meluru masuk ke rumah, pintu dipecah dan ibu saya ditolak sehingga terjatuh. Mujur ibu saya tidak mengalami kecederaan serius.
"Mereka semua bersenjatakan parang, bertopeng dan memakai sarung tangan untuk menyukarkan pengesanan identiti," katanya.
Looking at the physique , size and body same as the incident few weeks ago in Klang in a stolen mentalic waja. Thus roadblocks and surveillance to identify four or five muscular Indians travelling in a car Klang valley will be a good lead pic.twitter.com/DSrsgnNedS
— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) March 2, 2023
Selepas berjaya mendapatkan wang dan barang kemas, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WNC 1704.
"Wang dan barang kemas dilarikan, tetapi mujurlah kami semua selamat. Tolong sebarkan video ini untuk memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati," ujarnya.
Sementara itu, netizen percaya kejadian itu didalangi oleh kumpulan yang sama merompak sebuah rumah di Klang yang melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Laporkan segera kepada polis jika terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan perumahan anda.
from The Reporter https://ift.tt/rjbBH7Z
via IFTTT
No comments:
Post a Comment