Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fashsal sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa, Zuraida Kamarudin telah memohon untuk menyertai Bersatu semula.
Namun permohonan itu ditolak kerana Bersatu terkesan dengan tindakan Zuraida yang tidak meletak jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu, selepas keluar daripada parti.
Menurut Wan Ahmad Fayhsal, Zuraida membuat permohonan itu pada Januari lalu dan pihak Bersatu sebulat suara menolak permohonan tersebut.
Bagaimanapun, Zuraida tampil menafikan kenyataan tersebut dan meminta Wan Ahmad Fayhsal menjaga mulutnya.
"Ini tidak benar. Saya cuma sebut akan sokong Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PN) pada PRN akan datang.
"Saya sokong parti berbilang kaum. Budak ini (Wan Ahmad Fayhsal) baik jaga mulutnya," kata Zuraida.
PRU 15 lalu, Zuraida gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR. Sejak mengikut Langkah Sheraton, karier politik Zuaida semakin tenggelam.
Sumber: Free Malaysia Today, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/HVByEJk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment