Seorang YouTuber terpaksa bertarung nyawa di hospital selepas dia ditembak oleh lelaki tidak dikenali ketika melakukan 'prank' terhadap suspek di sebuah pusat membeli belah.
Tanner Cook, 21, sebelum kejadian, sedang membuat rakaman di pusat beli-belah Dulles Town Center di Virgina dan melakukan prank terhadap suspek, Alan Colie, 31, yang menyebabkan YouTuber berkenaan terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran peluru yang dibedil mengenai perut dan organ hati.
Tidak jelas apa 'prank' yang dilakukan oleh Cook, tetapi dalam video prank sebelum ini dia berpura-pura muntah di hadapan pemandu Uber dan meminta orang tidak dikenali untuk bermain 'Naked Twister'.
Suspek, dihadapkan ke mahkamah pada Isnin, 3 April 2023 atas pertuduhan mencederakan mangsa dengan niat jahat, menggunakan senjata api ketika melakukan jenayah dan melepaskan tembakan di dalam bangunan.
Selepas selamat menjalani pembedahan, Cook berkata dia membuat 'prank' terhadap Colie untuk video lain.
"Saya buat prank yang ringkas dan mudah tetapi dia tidak dapat menerimanya dengan baik," kata YouTuber berkenaan yang mempunyai 40,000 subscriber di platform tersebut.
Sementara itu, Sheriff Mike Chapman berkata, suspek melepaskan tembakan semasa bergaduh dengan mangsa. Video yang tular di media sosial menunjukkan suspek telah ditahan polis.
Bapa Jeremy Cook berkata, anak-anaknya sedang membuat rakaman video di pusat beli-belah dan cuba berseronok dengan orang ramai. Tetapi suspek tidak mahu turut serta.
"Ada beberapa telefon yang merakamnya dan mereka cuba menemubual atau bercakap dengannya, tetapi lelaki itu tidak suka lalu mengeluarkan pistol terus menembak anak saya.
"Saya berdoa agar lelaki ini diberikan hidayah. Saya juga percaya Tuhan telah menyelamatkan anak saya walaupun kejadian itu mungkin meragut nyawanya. Tetapi itu bukan kesudahannya, Tuhan masih mempunyai perancangan untuk anak saya," katanya.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/4MsO7eQ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment