Walaupun menang dalam kes saman terhadap pelakon Amelia Henderson, penerbit Datuk A. Aida mengambil pendirian untuk memaafkan Amelia dan tidak mahu terlalu bergembira di atas kemenangan tersebut.
Bagi A. Aida, apa yang penting perkara itu boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pelakon lain agar menghormati kontrak perjanjian yang telah ditandatangani.
A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, produksinya mengeluarkan bajet yang besar mencecah RM1 juta membabitkan pembayaran sewaan lokasi, pelakon, kru, pasukan produksi dan hal-hal teknikal.
"Masa nak mula 'shooting' sekurang-kurangnya kita dah keluar RM350,000. Maknanya kita dah lock semua. Contohnya nak shoot esok harinya, van dah bayar, barang-barang nak jalani penggambaran semua dah bayar.
"Bila seseorang artis itu tarik diri saat akhir, banyak kesulitan yang perlu ditanggung ramai orang. Banyak kerugian dan masalah ditanggung termasuklah pihak pengarah. Kalau ikutkan hati, RM100 juta saya nak saman," katanya.
Mengulas mengenai Amelia, A. Aida telah memaafkan pelakon itu dan tidak menafikan Amelia bagus dari segi disiplin. Tetapi disebabkan apa yang telah berlaku, hilang rasa hormatnya kepada Amelia.
"..bila jadi benda begini, saya memang tak sangka sebab sepanjang jadi penerbit ini pertama kali dapat artis macam dia. Saya tak boleh terima dan disebabkan itu saya saman dan akhirnya kemenangan berpihak kepada saya," katanya.
Sementara itu, Amelia meluahkan rasa bangga pada dirinya yang dirasakan telah melakukan perkara yang betul.
"Saya sangat bangga dengan diri saya kerana saya rasa saya buat perkara yang betul... secara peribadi saya terharu pada masa saya meerlukan, semua orang yang saya sayang hadir untuk saya, so saya menang," katanya sebak.
Sumber: Kosmo! Online, Gempak
from The Reporter https://ift.tt/bABqOwM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment