"Tak padan lesen P," demikian kata Fairul Azlan yang menularkan gambar pasangan yang dipercayai belum berkahwin melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dalam kenderaan ketika sedang memandu.
Menurut Fairul yang dipercayai pemandu lori itu berkata, kejadian itu berlaku semalam di lebuhraya utara-selatan dari Ayer Keroh menghala ke Pedas Linggi.
Berdasarkan gambar, kelihatan seorang wanita baring di pangkuan lelaki terbabit yang sedang memandu di lorong tengah. Sedangkan perbuatan mereka itu bukan sahaja membahayakan diri, malah mendatangkan risiko kemalangan pada pengguna jalan raya lain.
"Nak ber*men pergi dalam hutan. Jenis berok tu ja tempatnya. Drive 70 km/h, pastu kau stay lane tengah.
"Aku perhati je dari start tiga lane Ayer Keroh sampai Pedas Linggi. Kau langsung tak tukar lane. Tak padan lesen P," katanya.
Di media sosial, netizen turut mengecam perbuatan pasangan terbabit.
"Kepala hotak dia atas jalan boleh buat macam tu. Takde otak lah," kata Arash.
"Bulan-bulan puasa pun jadi. Syaitan terlepas awal kot ni," kata Amy.
"Pishang mat, terang-terangan. Kalau itu isteri dia pun, kelakuannya boleh menimbulkan fitnah," kata SD.
Sumber: Telegram, Twitter
from The Reporter https://ift.tt/gWEUqks
via IFTTT
No comments:
Post a Comment