loading...
  • Breaking News

    Friday, April 7, 2023

    'Ramai lelaki nak ajak dating sebab tertarik dengan bibir saya, tapi saya masih belum temui cinta sejati'



    Seorang wanita sanggup menghabiskan wang sebanyak RM114,600 (£20.000) semata-mata untuk memiliki bibir terbesar di dunia. 


    Walaubagaimanapun, Andrea Emilova Ivanova, 25, dari Sofia, Bulgaria berkata, dia masih lagi belum berjumpa dengan jodohnya meskipun telah menarik perhatian dari ratusan lelaki di media sosial yang menawarkan diri untuk membawanya ke negara asal mereka untuk  berkenalan lebih lanjut.


    Menurut Andrea, dia telah melakukan 43 prosedur pada bibirnya dan baru-baru ini mendapatkan empat suntikan hyaluronic baru di tulang pipinya.


    Andrea baru-baru ini menjadi tular di media sosial setelah berkongsi secara terbuka di media sosial bahawa dia telah membelanjakan kira-kira RM9,253.78 (£1.600) untuk filler tulang pipi, dalam usaha untuk mencapai bentuk wajah yang tirus.  


    Pempengaruh itu juga telah melakukan perubahan bibirnya pada tahun 2018 dan berharap dapat mencapai rekod baru dengan memiliki struktur wajah yang lebih baik, seterusnya mencapai gelaran sebagai pemilik bibir terbesar di dunia yang diakui oleh dirinya sendiri.




    Ketika ini dia sedang bersedia untuk tampil di dalam program realiti, The Bachelor, dengan harapan dapat menemui cintanya.


    Dilahirkan dan dibesarkan di Burgas, Bulgaria, Andrea yang merupakan pelajar sarjana dalam jurusan Fisiologi Jerman adalah  anak yang paling disayangi oleh ibu bapanya. Andrea selalu suka tampil dengan penamilan berbeza.


    “Saya tidak suka penampilan yang membosankan dan biasa saja. Saya adalah penggemar bentuk-bentuk besar dan kecantikan eksentrik.


    “Kecantikan semulajadi itu membosankan bagi saya, jadi saya memutuskan untuk merubah penampilan saya secara drastik.


    “Saya ingin melihat diri saya dengan penampilan sebelum dan selepas yang drastik dan saya masih perlu buat banyak perubahan kerana saya belum selesai mengubah penampilan saya,” katanya.




    Meskipun telah menarik perhatian ratusan ribu jejaka di media sosial, Andrea masih mencari pasangannya.


    “Saya adalah seorang wanita dengan penampilan yang berbeza dan eksentrik dan ini agak pelik bagi lelaki.


    “Tentu saja ada banyak lelaki yang sangat menyukai saya, tetapi juga ada yang tidak menyukai saya. Mereka berfikir saya pelik dan gila,” katanya.


    Andrea mengatakan bahawa ramai yang menghubunginya di media sosial dan menawarkan untuk mengajaknya bertemu, memberinya duit dan berjalan ke negara mereka.


    “Ini membuatkan saya rasa seronok dan sedar ada orang-orang yang menyukai saya dan menginginkan kebersamaan serta perhatian saya. Namun, saya akan lebih bahagia jika boleh bertemu dengan cinta sejati saya. Tetapi saya tidak tahu bila itu akan terjadi.


    Meskipun Andrea bersedia mengambil risiko dengan tampil dalam program realiti untuk mencari 'jejaka impiannya', dia tidak terlalu berharap.


    “Saya tidak tahu apakah dia akan menyukai wanita seperti saya yang memiliki kecantikan bukan semulajadi. Tapi, saya akan tampil dengan sikap baik dan sopan saya. Ini juga akan menjadi pemerhatian saya adakah lelaki akan menerima seorang wanita dari perspektif keperibadian,” katanya.


    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/Fa5x1pM
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment